MHairysham
ENTRY ABOUT LINKIES TWITTER FACEBOOK +FOLLOW
Mr Blogger!


Servant of الله


Contengan

Mengapa kamu begitu berat dan enggan untuk hidup dengan wahyu Allah? Adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Allah telah menganugerahkan kepada kita penawar jiwa juga pentunjuk mega untuk kita mengecapi kehidupan dengan tenang sama ada di dunia mahupun akhirat. Allah telah menurunkan al-Quran. Cintailah Quran agar hidupmu tenang. " Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh, dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.' " Fussilat: 33



Ecan Warn

PERINGATAN : Sebelum meneruskan pembacaan di dalam blog ini, eloklah diberitahu terlebih dahulu bahawa segala isi penulisan adalah hasil karya pemilik blog ini sendiri atau penulisan melalui pembacaannya. Tiada paksaan membaca disini, jika anda ingin terus meneroka blog ini teruskan dan jika anda mahu pergi daripada sini pun dipersilakan dengan segala hormat. Segala quote, teks dll adalah percuma untuk di salin semula dan tampal (copy and paste) tanpa perlu meminta kebenaran. Semoga bermanfaat. Semoga sama-sama berkongsi kefahaman.



Palestine, Aku Datang




Coretan

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. — Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Allahhuakbar… Mengalir air mata saya saat menerima pesanan dari sahabat yang kini sedang mengerjakan umrah sekaligus bernikah di sana. Sahabat yang ku anggap kakak, dalam usia 30 tahun baru bertemu jodohnya. Dan paling indah, bernikah di tanah suci. Bertemu lelaki yang baik akhlaknya… Ya Allah cemburunya saya. Namun saya tetap mengucapkan syukur dan tahniah kepadanya. Teringat peristiwa tahun lepas. Dia mengadu kepada saya dengan esak tangis yang panjang tentang hatinya terluka ditinggalkan lelaki yang dicintai. Tanpa sebab musabah lelaki yang hampir menjadi tunangan berubah hati, mengangkat kaki memungkiri janji yang di buat bersama. Allah… Sedih bukan kepalang. Saya mengutuk lelaki tersebut didalam hati. Benar-benar tidak tahu untung! Dia gadis baik. Solatnya terjaga. Auratnya terjaga. Cantik lagi bijaksana. Saya tahu, sebab saya bukan sahaja sahabat baiknya, saya juga teman serumahnya sewaktu belajar di UiTM. Bertahun-tahun mengenalinya, bukan sekejap. Bodohnya lelaki yang tak tahu menghargai gadis sebaik dia. Masa berlalu, berkat doa dan solat istikharah, dia bangkit menjalani hidup. Meneruskan status gadis muslimah dan meneruskan usaha menanti cinta sejatinya. Sedang rakan sebaya sudah berumah tangga, beranak pinak, dia masih sendiri. 'Sabarlah wahai sahabat… Akan tiba masanya Allah menghadiahkan seseorang sesuai dengan peribadi mu dan Allah takkan ingkar dengan janji-Nya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.' Seiring waktu berjalan, doa dan kesabarannya terbalas. Allah SWT menghadiahkan seorang lelaki bernama jodoh yang baik untuk nya. Pertemuan di masjid menjadi titik mula perkenalan, dan tidak menunggu waktu yang lama untuk mengikat janji perhubungan halal di sisi Allah SWT. Kisah pertemuan pertama sangat indah. Sumpah saya cemburu… Saya pun mahu begini! :) Pengajaran yang saya dapat dari kisah sahabat saya ini, tatkala mendapat ujian (jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. Alhamdulillah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga wahai sahabat. CC Tumblr.